Tuesday, March 14, 2006

Kebebasan bersuara selamatkan imam

PINDAAN undang-undang untuk menjamin kebebasan bersuara akhirnya menyelamatkan seorang imam di Amerika Syarikat daripada dikenakan tuduhan menghasut dan membenci Rumah Putih.

“Hanya kerana seorang warganegara tidak bermaksud bahawa lelaki itu adalah agen pengganas dan musuh kepada Amerika Syarikat,” kata datuk bandar New York, Michaek R. Boomberg sepertimana dilaporkan The New York Time, 14 Mac lalu.

Pada April tahun lalu, Umar Abdul Jalil, 55, [foto sebelah] yang bertugas dengan sebuah jabatan di bawah pentabdiran kerajaan dikatakan memberikan ucapan di hadapan mahasiswa Muslim di Tucson yang menyebutkan bahawa “pengganas terulung di muka dunia ini ialah Rumah Putih.”

“Katakanlah kita mencabut kebebasan bersuara daripada negara ini, maka, Amerika ini sendiri sudah tidak wujud lagi,” katanya lagi.

Dalam salah satu ucapan Umar yang dirakamkan menunjukkan bagaimana imam itu mengajak seluruh kaum Muslimin di Amerika untuk menghentikan apa yang disebut sebagai “perbuatan pihak Zionis ke atas Islam melalui media.”

Dalam satu sidang akhbar menyentuh kes berkenaan, datuk bandar juga dilaporkan berkata bahwa ucapan berapi-api oleh umar itu tidak akan membawa apa-apa mudarat atau mengundang keganasan. Namun begitu, beliau juga menyatakan bahawa sekalipun ada kebebasan bersuara di Amerika, tetapi tindakan Umar itu boleh sahaja mendatangkan kesan yang tidak sihat di kalangan penganut-penganut agama di negara tersebut.

“Kita harus mengizinkan dan menuntut agar pihak kerajaan menjaga kebebasan bersuara termasuklah apabila kebebasan itu mengkritik kerajaan sendiri,” kata Boomberg lagi. Beliau turut menjelaskan bahawa pindaan undang-undang yang dibuat oleh pihak berkuasa New York juga adalah dalam maksud untuk memelihara kebebasan bersuara.

Umar atau nama sebenarnya William Bostick lahir di Danville, dan dibesarkan bersama neneknya sebelum dia berpindah ke New York bersama emaknya pada umur 11 tahun.

Ketika umurnya 23 tahun, dia menyakui menjual dadah dan menghabiskan masa 15 tahun di dalam penjara. Menurut rekod, dia juga dipenjara atas kesalahan menjual dadah dan menjalani hukuman penjara daripada November 1975 hingga Februari 1989.

Umar dalam satu temuramah dengan surat khabar yang sama juga berkata bahawa selepas keluar daripada penjara, dia menjadikan Malcolm X sebagai idolanya. Dia kemudiannya menyambung pelajaran dan memperolehi di ijazah daripada Kolej Komuniti Ulster Country.

Pada 1993, Umar diterima bekerja dengan sebuah jabatan kerajaan dan pada April 2002, beliau diterima bertugas sebagai juru nasihat kepada pada pekerja dan kepada para banduan yang akan dikenakan hukuman mati. Daripada pekerjaannya itu, beliau memperolehi pendapatan lumayan iaitu lebih daripada RM250 ribu setahun. Namun begitu, Umar dilaporkan berhenti sudahpun berhenti kerja minggu lalu.

Atas kesulitan yang dialami Umar, beberapa penganut agama lain seperti ketua-ketua agama termasuklah protestent dan Yahudi menyatakan simpati kepada Umar. Sesetengah mereka mengadakan tunjuk perasaan yang diketuai oleh ketua kesatuan sekerja New York, Norman Seabrook. Kesatuan sekerja itu ini mempunyai kira-kira 11 ribu ahli bersekutu. Diana Syed Azman [Sariberita]

[kembali ke halaman utama]